Sebuah kajian terbaru membuktikan semakin
seseorang menghafal Al-Quran Al-Karim, maka semakin bertambah baik kesihatan.
Dr. Soleh Bin Ibrahim As-Shani', pensyarah psikologi di Universiti Al-Imam bin
Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, meneliti dua kumpulan responden iaitu mahasiswa
Universiti King Abdul Abdul Aziz yang jumlahnya 170 responden, dan kumpulan
mahasis Al-Imam Asy -Syathibi yang juga berjumlah 170 responden.
Penyelidik mendefinisikan kesihatan psikologi
sebagai keadaan di mana berlaku keselarasan psikologi individu daripada tiga
faktor utama: agama, spiritual, sosiologis dan jasmani. Untuk mengukurnya,
penyelidik menggunakan parameter kesihatan psikologinya Sulaiman Duwairiat,
yang terdiri daripada 60 unit.
Kajian ini mendapati adanya korelasi positif antara
peningkatan kadar hafalan dengan tahap kesihatan psikologi dan mahasiswa yang
unggul di bidang hafalan Al-Quran itu mempunyai tahap kesihatan psikologi
dengan perbezaan yang sangat jelas.
Ada lebih dari tujuh puluh kajian, baik Islam atau
barat, semuanya menegaskan kepentingan agama dalam meningkatkan kesihatan
psikologi seseorang, kematangan dan ketenangannya. Sebagaimana kajian-kajian
yang telah dibuat di Arab Saudi dan hasilnya menunjukkan peranan Al-Quran
Al-Karim dapat meningkatkan kemahiran asas pelajar-pelajar sekolah rendah dan
pengaruh yang positif dari hafalan Al-Quran untuk mencapai IP yang tinggi bagi
mahasiswa.
Kajian tersebut memberi gambaran yang jelas
tentang hubungan antara keberagamaan dengan pelbagai bentuknya terutama
menghafal Al-Quran Al-Karim dan pengaruh-pengaruhnya terhadap kesihatan fizikal
individu dan keperibadian berbanding dengan individu-individu yang tidak
disiplin dengan ajaran-ajaran agama atau tidak menghafal Al-Quran, sedikit atau
seluruhnya.
Komen
terhadap Kajian:
Setiap orang yang menghafal sebahagian dari
Al-Quran dan mendengar bacaan Al-Quran secara berterusan itu pasti merasakan
perubahan yang besar dalam hidupnya. Hafalan Al-Quran juga berpengaruh pada
kesihatan fizikalnya. Melalui pengalaman dan pengamatan, dapat dipastikan
bahawa hafalan Al-Quran dapat meningkatkan sistem imun tubuh pada seseorang dan
membantu melindungi dari pelbagai penyakit.
Berikut adalah manfaat-manfaat hafalan Al-Quran,
1. Fikiran yang jernih.
2. Kekuatan memori.
3. Ketenangan dan kestabilan psikologi.
4. Senang dan bahagia.
5. Bebas dari perasaan takut, sedih dan cemas.
6. Mampu bercakap di depan awam.
7.Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik
dan memperoleh kepercayaan dari orang lain.
8. Terbebas dari penyakit akut (acute illness).
9. Dapat meningkatkan IQ.
10. Memiliki kekuatan dan ketenangan psikilogis.
Kerana itu Allah berfirman, "Sebenarnya, Al
Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi
ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang
zalim. "(QS Al-'Ankabut [29]: 49)
Ini adalah sebahagian dari manfaat di dunia. Ada
manfaat-manfaat yang jauh lebih besar di akhirat, iaitu kebahagiaan ketika
berjumpa dengan Allah, memperolehi keredhaan dan nikmat yang abadi, mendapatkan
tempat dekat kekasih mulia Muhammad Saw.
No comments:
Post a Comment