widgets

Pages

Wednesday, May 27, 2015

Setiap Istana Ada Cacat Celanya Kecuali Satu Istana



Gambar hiasan

Ada Raja yang membangun sebuah istana yang sangat indah, serba serbinya cantik serta megah sekali. Selesai membangunkanya, Raja pun merasmikan bangunan indah itu dengan mengatur berbagai bagai acara acara kebesaran , dan tak ketinggalan dengan mengundang semua rakyat nya, dari orang orang atasan, seperti para menteri dan pengiring istana, hingga kepada orang orang bawahan seperti pekerja pekerja biasa, para pakir miskin dan sebagainya.

Mereka kemudian dijamu dengan beranika macam makanan dan minuman, yang bukan main nikmat dan enaknya. Untuk mempastikan keistimewaan istana itu Raja telah menempatkan beberapa penjaga disetiap pintu istana yang indah itu untuk bertanya kepada setiap para undangan yang memasukkannya akan keindahannya, kemegahan serta kekukuhan istana itu, apakah disana terdapat apa apa cacat meskipun yang paling kecil sekali pun.

Seperti Iman semuanya akan pudar dan rosak jika tidak dijaga betul-betul..........
Beribu ribu para undangan yang datang mengunjungi istana itu, dan apabila mereka ditanya tentang istana itu, ternyata jawapannya semua nya sama, iaitu ia adalah sebuah istana yang paling hebat, indah, megah dan kukuh, dan sama sekali tidak terdapat apa cacat pun walau pun yang terkecil sekali .

Sebentar lagi , tibalah pula serombongan orang orang tua yang bertampal tampalan bajunya memasuki istana itu. Para pejaga menjamu mereka dengan sempurna, kemudian tidak lupa bertanya kepada mereka tentang pendapatnya pada istana yang indah itu.

“Terdapat dua cacat besar pada istana indah ini!” salah seorang antara orang orang tua itu berkata. “Apa kata kau? Ada dua cacat besar pada istana indah ini?” Tanya penjaga istana itu dengan hairan. “Benar, terdapat dua cacat besar didalam nya,” jawabnya .

Penjaga istana itu lalu menahan sebahagian orang tua itu lalu membawa mereka mengadap Raja seraya berkata kepadanya :

Wahai paduka Raja! Hamba telah bertanya kepada ribuan orang akan kehebatan, kemegahan dan keindahan istana paduka. Semua orang mengatakan yang istana itu indah bangunanya dan sempurna, dan tidak ada suatu cacat pun padanya, meski pun yang terkecil. Bahkan mereka telah memuji mujinya setinggi langit. Tetepi apabila hamba bertanya kepada rombongan orang orang tua ini justeru mereka telah mengatakan ada dua cacat besar pada istana paduka itu.

Raja pun menganguk anggukkan kepalanya, kemudian bertanya: ‘Wahai bapak-bapak sekalian! Saya tak rela dengan cacat yang sekecil pun pada istana saya itu, tetapi bapak-bapak telah menyebutkan dua cacat besar padanya, Nah , cubalah sebutkan kedua cacat itu,’ pinta Raja kepada orang orang tua itu.

Seorang dari orang orang tua itu menjawab ;

‘Bukankah istana indah ini pada akhirnya akan rusak?!’ Tanya seorang dari orang tua itu. ‘Ya, benar katamu itu!’ jawab Raja. ‘Itulah cacatnya yang pertama.’ ‘Habis apa pula cacatnya yang kedua,’ Tanya Raja. ‘Pemiliknya akan meninggal dunia, itulah cacatnya yang kedua.’ Jawab orang tua yang lain.

Raja tercengang mendengar jawapan itu, dan mengakui akan kebenaran kata kata orang orang tua itu. Dia termenung sejenak, kemudian berkata kepada mereka:

‘Benar, dan sungguh benar jawapan bapak-bapak, namun apakah ada istana yang tak rusak selama lamanya, dan pemiliknya takkan mati seterusnya?' Tanya Raja pula.

Orang orang tua itu hampir serentak tersenyum dan ketawa. Seolah olah mereka sudah menunggu soalan itu daripada Raja, dan mereka pun sudah ada jawapannya.

‘Ada, wahai paduka Raja, ada,' jawab mereka serentak . “Dimanakah dia ?” Tanya raja…..

“Di syurga! Syurga dan kenikmatannya tidak akan rusak buat selama lamanya, dan pemiliknya juga tidak akan mati seterusnya!” jawab mereka lagi. Raja mengangguk anggukkan kepala.

“Alangkah bahagianya sekiranya paduka dapat memperolihinya, sebab jalan untuk memperolihinya bagi paduka sangatlah terbuka luas, dan tidak sukar,” tambah orang orang tua itu.

Cuba terangkan , bagaimana cara memperolehinya? Tanya Raja. Mudah saja! Paduka akan memperolehinya dengan beriman kepada Alah s.w.t. dengan menjalani semua perintah dan menjauhi segala yang tiada diperkenankan Nya. Sebaliknya jika paduka tidak mengerjakan semua itu, maka paduka pun akan menghadapi kecelakaan dan siksaan yang sangat pedih, iaitu yang berupa api neraka, kekal di sana yang kesakitannya tidak dapat dibayangkan, jelas mereka sekalian.

Baiklah, kalau begitu aku akan turuti segala nasihat bapak bapak dan akan aku tinggalkan yang selama ini akan aku pegang. Aku akan beriman kepada Tuhan Maha Esa , dan aku akan tinggalkan kursi kerajaan ini untuk bertaubat kepada Nya, balas Raja.

Raja itu benar benar melaksanakan segala apa yang diucapkannya. Akhirnya jadilah ia sebagai hamba Allah yang solih, taat sehingga keakhir hayatnya, dengan berkat ajakan hamba Nya yang salih.

Ya Allah! Berilah hamba Mu ini petunjuk dan hidayah Mu dalam mengarungi kehidupan ini. Amin!!!..........

No comments: