SEBUAH pesawat SkyWest Airlines selamat mendarat
walaupun gear pendaratan kirinya jatuh sewaktu membuat pendaratan di Lapangan
Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) pada pagi Isnin.
Portal Mirror melaporkan sayap kiri penerbangan
5316 itu mencecah landasan sewaktu ia mendarat di LAX pada kira-kira pukul 8.20
pagi (11.20 malam waktu Malaysia).
Penerbangan domestik itu berlepas dari bandar
Monterey di California pada pukul 6.50 pagi (9.50 malam waktu Malaysia) tetapi
mengalami masalah sebaik sahaja membuat persiapan untuk mendarat.
Menurut beberapa laporan media Amerika Syarikat
(AS), gear pendaratan pesawat itu gagal berfungsi sepenuhnya namun ia bernasib
baik kerana selamat membuat pendaratan cemas.
Dilaporkan terdapat 43 penumpang menaiki pesawat
itu dan kesemuanya tidak mengalami kecederaan. - MIRROR
No comments:
Post a Comment