Juri-juri program Asia's Got Talent |
KUALA LUMPUR: Juri program Asia's Got Talent (AGT) iaitu
David Foster menjelaskan kegagalan peserta dari Malaysia iaitu Sada Borneo
melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu disebabkan mereka gagal
mempamerkan keaslian budaya dalam persembahan yang ditampilkan.
David yang juga pemenang Anugerah Grammy berkata,
persembahan kumpulan itu banyak dipengaruhi oleh budaya Barat selain gagal
dalam mengangkat keunikan budaya yang ingin ditonjolkan.
"Bagi saya mereka (Sada Borneo) tidak cuba menunjukkan
budaya mereka dengan cara tersendiri tetapi sebaliknya mereka lebih meniru
budaya Barat.
Kumpulan Sada Borneo dari Malaysia gagal ke peringkat akhir Asia's Got Talent dikatakan enggan dengar nasihat juri |
"Pada persembahan uji bakat, saya pernah memberitahu
mereka tidak perlu menggunakan gitar elektrik dalam persembahan kerana keaslian
alatan muzik yang digunakan sudah cukup unik.
"Bagaimanapun mereka degil dan tetap menggunakan gitar
bes pada persembahan di peringkat separuh akhir dan itu menjadi punca kekalahan
mereka," katanya kepada pemberita dan mStar Online.
David ditemui pada sidang media mempromosikan rancangan
keputusan akhir Asia's Got Talent di Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur,
di sini pada Isnin.
Sembilan peserta akhir AGT bakal mengetahui nasib mereka
pada Khamis ini dalam rancangan yang bakal disiarkan di saluran Astro AXN
(saluran 701) dan AXN HD (saluran 721).
Ia akan bermula pukul 8.05 malam.
Peserta akhir AGT terdiri daripada Gao Lin & Liu Xin
(China), Gwyneth Dorado (Philippines), Triqstar (Jepun), Junior New System
(Philippines), Khusugtun (Mongolia), Gerphil Geraldine Flores (Philippines), El
Gamma Penumbra (Philippines), The Talento (Thailand) dan Dance Thrilogy
(Singapura) .
Dalam pada itu, David berkata dia amat terkejut dengan
kebolehan yang dipamerkan oleh para peserta AGT kali ini dan mengagumi bakat
yang terdapat di negara asia.
"Terdapat pelbagai bakat yang unik di negara Asia ini
menanti untuk diketengahkan dan saya percaya ramai bintang bakal lahir pada
masa hadapan dari negara Asia.
"Kami percaya AGT merupakan satu platfom untuk mereka
tunjulkan bakat yang ada dan saya berbangga menjadi sebahagian
daripadanya," jelasnya lagi.
Sementara itu, bekas anggota kumpulan Spice Girl iaitu
Melanie C, yang juga merupakan juri tetap berkata, dia amat teruja untuk berada
di Asia dan mengakui kebolehan yang ditonjolkan oleh setiap peserta AGT.
"Saya berasa peserta daripada AGT amat luar biasa
kerana mereka menunjukan persembahan menarik yang setaraf antarabangsa dengan
serta cara tersendiri," katanya.
Terdahulu, juri telah memilih tiga orang peserta manakala
para penonton telah memilih enam peserta berdasarkan undian untuk mereka
menempah slot ke peringkat akhir AGT.
Para peserta yang dipilih sebagai juara AGT bakal membawa
pulang hadiah utama bernilai RM360,000,00 (USD100,000) dan akan mendapat
peluang kembali ke Singapura untuk membuat persembahan di Marina Bay Sands.
Asia’s Got Talent disertai peserta-peserta dari 14 buah
negara seluruh Asia.
Selain mereka berdua, turut menjadi juri pada AGT ialah
penyanyi Anggun dan penyanyi Taiwan-Amerika, Van Ness Wu.
Sumber -
myStar
No comments:
Post a Comment